Kad Hadiah Netflix
Anda boleh menggunakan kad hadiah Netflix untuk membayar Netflix atau memberikannya sebagai hadiah. Kad hadiah Netflix boleh dibeli di pelbagai lokasi runcit dan dalam talian.
Kad Hadiah Netflix tidak akan tamat tempoh, sepertimana yang dicetak pada bahagian belakang setiap kad.
Kad hadiah tidak boleh dibayar balik. Setelah kad hadiah Netflix digunakan pada akaun, anda boleh menonton Netflix sehingga baki kad hadiah habis digunakan.
Kad hadiah tidak boleh ditambah nilai.
Jangan kongsi nombor siri kad hadiah atau kod kad hadiah dengan sesiapa kecuali penerima anda.
Bukan perkara yang anda cari? Anda juga boleh mendapatkan sokongan untuk promosi Netflix.